Mungkin bagi sesetengah orang Kawan itu adalah satu kenalan atau teman borak mereka. Orang kata berkawan ramai memang senang, tapi sebenarnya lagi ramai kawan, lagi susah nak jaga hati. Aku memang suka berkawan, tetapi aku akan berkawan kepada sesiapa yang nak berkawan dengan aku sahaja. Ada orang nak berkawan semata-mata untuk menunjuk yang diri mereka tu hebat, ada orang berkawan untuk duit, ada orang berkawan untuk hilangkan bosan mereka. Lagi banyak orang kita berkawan, lagi banyak jenis kawan yang korang akan nampak.
Sesetengah orang yang ada yang buat peringkat berkawan. Contohnya , kawan lama lebih utama dari kawan-kawan baru atau dia akan lebihkan kawan yang suka belanja dia daripada kawan yang tak belanja dia. Tu ke erti kawan? Ada jenis kawan bila masa susah baru cari kita balik. Kawan jenis tu paling aku tak suka. Masa senang dia lupa kita, masa susah sibuk-sibuk call mintak tolong. Ada orang berkawan baik, tapi satu masa dia akan tikam belakang. Contoh , Abu dengan Ali kawan balik, tapi Ali ada awek, Abu pulak suka cerita buruk pasal Ali kat awek Si Ali ni, pastuh Ali ngan awek die gadoh pastuh break. Abu pon amik kesempatan nak ayat bekas awek si Ali ni. Adakah kawan baik anda pon begitu? selidik betul-betul pasal kawan baik anda. Hahaha
Aku ada sikit cerita berdasarkan pengalaman aku. Masa mula-mula aku masuk belajar dulu, aku selalu lepak ngan kawan-kawan aku, hari-hari lepak mesti ramai, mesti lebih dari 10 orang. Tapi lama kelamaan sikit demi sedikit dah tak selalu lepak ngan kitorang. Puncanya aku sendiri tak tahu. Dalam firasat aku, ada yang lepak ngan kawan lama balik dan ada yang jumpa kawan baru dah lupa kitorang. Sampai sekarang terus tak ada ajak lepak. Kalau lepak pon secara kebetulan. Aku tak kisah kalau dorang taknak kawan aku, kalau betul ade kawan lain jangan la sampai xnak lepak ngan kitorang. Tapi perubahan dorang nampak ketara. Kalau aku ada buat silap pon bagitahu la, jangan sorok-sorok. Xkan sebab kawan lain korang dah taknak bekawan dengan kitorang.
Kesimpulan kat sini, kawan kita nak pakai lama, hargai kawan yang menghargai kita, jangan sebab perkara kecil kita putus kawan. Pesanan umum untuk semua orang, bukan untuk kawan-kawan aku sahaja. Jangan pula ada yang terasa ngan blog yang aku tulis ni. Ini hanya untuk peringatan supaya kita takkan hilang kawan :)
No comments:
Post a Comment